PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Tawarikh 23:18-21
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 18 Seterusnya Yehoyada melantik para imam dan orang Lewi untuk menguruskan Rumah Yehuwa, menurut pembahagian kumpulan yang telah ditetapkan oleh Daud. Mereka harus bertugas di Rumah Yehuwa dan mempersembahkan korban bakar kepada Yehuwa,+ selaras dengan apa yang tertulis dalam Hukum Musa.+ Mereka juga harus menyanyikan lagu dengan sukacita, seperti yang telah ditetapkan oleh Daud. 19 Selain itu, Yehoyada menempatkan para pengawal di pintu-pintu+ Rumah Yehuwa supaya tiada orang yang najis dapat masuk ke rumah itu. 20 Dia juga menyuruh ketua-ketua atas 100 orang,+ orang bangsawan, para pemimpin, dan semua rakyat pergi bersamanya untuk mengiringi raja yang keluar dari Rumah Yehuwa. Mereka mengikut jalan yang melalui Pintu Gerbang Atas lalu tiba di istana. Kemudian, Yehoas duduk di atas takhta raja.+ 21 Seluruh rakyat bersukacita, dan kota itu pun aman damai kerana Atalya telah dibunuh dengan pedang.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi