-
2 Tawarikh 25:17-19Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
17 Selepas Raja Amazia dari Yehuda berunding dengan para penasihatnya, dia menghantar utusan kepada Yehoas anak Yehoahas, cucu Yehu, iaitu raja Israel. Katanya, “Marilah kita bersemuka* di medan perang.”+ 18 Raja Yehoas dari Israel membalas pesanan Raja Amazia dari Yehuda dengan berkata, “Semak berduri di Lebanon mengirim pesanan kepada pokok sedar di Lebanon, ‘Benarkanlah anak lelakiku mengahwini anak perempuanmu.’ Tetapi seekor binatang buas di Lebanon lalu di sana dan menginjak-injak semak berduri itu. 19 Tuanku berkata, ‘Beta* telah mengalahkan Edom.’+ Itulah sebabnya tuanku menjadi angkuh, dan tuanku ingin dimuliakan. Tetapi lebih baik tuanku tinggal di istana saja. Mengapakah tuanku mencari nahas dan mendatangkan bencana kepada diri tuanku dan negeri Yehuda?”
-