PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Tawarikh 26:16-21
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 16 Selepas Uzia menjadi berkuasa, dia menjadi angkuh. Keangkuhannya menyebabkan kejatuhannya. Dia bertindak tidak setia kepada Yehuwa, Tuhannya, dengan memasuki Rumah Yehuwa untuk membakar kemenyan di mazbah kemenyan.+ 17 Imam Azarya bersama 80 orang imam Yehuwa yang berani segera menyusuli Uzia 18 dan mencuba menghalangnya. Mereka berkata, “Tuanku Uzia! Tuanku tidak berhak membakar kemenyan kepada Yehuwa!+ Hanya para imam yang boleh berbuat demikian kerana mereka ialah keturunan Harun+ yang telah disucikan. Tinggalkanlah tempat suci ini. Tuanku telah bertindak tidak setia kepada Tuhan, dan tuanku tidak akan memperoleh penghormatan daripada Tuhan Yehuwa kerana hal ini.”

      19 Pada waktu itu, Uzia sedang memegang bekas perbaraan dan ingin membakar kemenyan. Dia menjadi marah,+ dan semasa dia marah terhadap imam-imam itu, penyakit kusta+ timbul pada dahinya. Hal ini terjadi di hadapan para imam, dekat mazbah kemenyan di dalam Rumah Yehuwa. 20 Ketua Imam Azarya dan semua imam melihat Uzia dan nampak penyakit kusta timbul pada dahinya. Maka mereka segera mendesaknya keluar dari situ. Dia keluar dengan tergesa-gesa kerana Yehuwa telah menghukumnya.

      21 Raja Uzia menderita penyakit kusta sehingga akhir hayatnya. Dia tinggal di rumah yang berlainan+ dan dia tidak lagi dibenarkan untuk pergi ke Rumah Yehuwa. Sementara itu, anak lelakinya Yotam mengurus istana dan mengadili rakyat.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi