PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Raja-Raja 16:30, 31
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 30 Dia melakukan hal-hal yang buruk di mata Yehuwa dan dia lebih teruk daripada semua orang yang ada sebelumnya.+ 31 Tidak cukup baginya untuk berdosa seperti Raja Yerobeam+ anak Nebat. Raja Ahab melakukan hal-hal yang lebih jahat lagi; dia mengahwini Izebel,+ anak perempuan Raja Etbaal dari Sidon,+ dan dia mula sujud menyembah Baal.+

  • 1 Raja-Raja 22:51
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 51 Ahazia+ anak Ahab menjadi raja seluruh Israel dan memerintah di Samaria pada tahun ke-17 pemerintahan Yehosafat, raja Yehuda. Ahazia memerintah Israel selama dua tahun.

  • 1 Raja-Raja 22:53
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 53 Dia terus sujud menyembah Baal.+ Seperti bapanya, dia asyik membangkitkan kemurkaan Yehuwa, Tuhan orang Israel.+

  • 2 Raja-Raja 10:21
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 21 Kemudian Yehu mengutus orang untuk mengumumkan berita ini ke seluruh negeri Israel. Semua penyembah Baal datang, dan tidak ada seorang pun yang dikecualikan. Mereka memasuki kuil Baal+ sehingga kuil itu sesak dengan orang.

  • 2 Raja-Raja 23:4, 5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 Raja pun menyuruh Imam Agung Hilkia,+ imam-imam yang lain, dan para penjaga pintu untuk masuk ke Rumah Yehuwa dan mengeluarkan semua perkakas yang digunakan untuk menyembah Baal, tiang suci,*+ dan segala sesuatu di langit. Kemudian raja membakar semuanya di luar Yerusalem, iaitu di lereng Lembah Kidron, lalu membawa abunya ke Bethel.+ 5 Raja mengusir semua imam yang menyembah tuhan-tuhan bangsa asing. Mereka telah dilantik oleh raja-raja Yehuda untuk mempersembahkan korban di tempat pemujaan yang terletak di kota-kota Yehuda dan di sekitar Yerusalem. Raja juga mengusir mereka yang mempersembahkan korban* kepada Baal, matahari, bulan, bintang-bintang,* dan segala sesuatu di langit.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi