-
2 Raja-Raja 19:2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
2 Kemudian dia menyuruh Elyakim, iaitu pengurus istana, Sebna, iaitu setiausaha, dan ketua-ketua imam untuk berjumpa dengan Nabi Yesaya+ anak Amoz. Mereka juga memakai kain guni.
-
-
Yesaya 22:20-24Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
20 “‘Pada waktu itu, Aku akan memanggil hamba-Ku Elyakim+ anak Hilkia, 21 lalu mengenakan jubahmu dan pengikat pinggangmu padanya.+ Aku akan menyerahkan kekuasaanmu ke dalam tangannya, dan dia akan menjadi seperti bapa kepada penduduk Yerusalem dan keturunan Yehuda. 22 Aku akan memberinya kunci keluarga Daud.*+ Apa-apa yang dibukanya, tidak dapat ditutup oleh sesiapa pun; dan apa-apa yang ditutupnya, tidak dapat dibuka oleh sesiapa pun. 23 Aku akan mengukuhkan kedudukannya, seperti pasak penyangkut yang dipasang pada tempat yang berkekalan. Dia akan menjadi seperti sebuah takhta yang membawa kemuliaan kepada keluarga bapanya. 24 Kemuliaan keluarga bapanya, termasuk anak cucu dan keturunan mereka, akan bergantung padanya, sebagaimana bekas kecil, bekas yang bentuknya seperti mangkuk, dan semua bekas yang besar, bergantung pada sebuah pasak penyangkut.’
-