PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Tawarikh 32:10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 “Inilah kata-kata Raja Sanherib dari Assyria: ‘Seluruh Yerusalem sudah dikepung. Mengapakah kamu masih tinggal di sini? Kamu mengharapkan bantuan siapa?+

  • Yesaya 36:4-10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 Ketua pengurus minuman itu berkata kepada mereka, “Beritahulah Hizkia, ‘Inilah kata-kata raja Assyria yang agung: “Mengapakah kamu begitu yakin?+ 5 Kamu berkata, ‘Beta ada rancangan dan beta juga mempunyai kekuatan untuk berperang,’ tetapi semua itu kata-kata kosong sahaja. Siapakah yang kamu harapkan sehingga kamu berani memberontak menentang beta?+ 6 Lihatlah! Kamu mengharapkan bantuan dari Mesir. Tetapi Mesir bagaikan buluh yang telah patah, yang akan menusuk tapak tangan orang yang bersandar padanya. Begitulah Firaun, raja Mesir itu, bagi sesiapa yang berharap kepadanya.+ 7 Nah, jika kamu berkata kepada beta bahawa kamu mengharapkan bantuan daripada Yehuwa, Tuhanmu, bukankah kamu yang telah memusnahkan tempat-tempat pemujaan dan mazbah-Nya?+ Bukankah kamu juga menyuruh penduduk Yehuda dan Yerusalem untuk bersujud di mazbah yang ada di Yerusalem sahaja?”’+ 8 Sekarang, marilah bertaruh dengan tuanku, raja Assyria.+ Tuanku berkata, ‘Jika beta memberi kamu 2,000 ekor kuda, dapatkah kamu mencari penunggang kuda sebanyak itu? 9 Biarpun Mesir menghantar kereta kuda dan pasukan berkuda kepadamu, dapatkah kamu mengalahkan pegawai beta, bahkan pegawai yang paling rendah pangkatnya? 10 Fikirlah, adakah beta dapat menyerang negeri ini tanpa izin daripada Yehuwa? Yehuwa sendiri yang berfirman kepada beta, “Seranglah dan musnahkanlah negeri ini.”’”

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi