PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Raja-Raja 8:30
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 30 Dengarlah permohonan hamba-Mu dan umat-Mu Israel semasa mereka berdoa menghadap ke tempat ini. Semoga Engkau mendengar dari tempat kediaman-Mu di syurga,+ ya semoga Engkau mendengar dan mengampuni mereka.+

  • Yesaya 37:14-20
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Hizkia mengambil surat-surat itu daripada para utusan dan membacanya. Kemudian dia pergi ke Rumah Yehuwa dan membentangkan surat-surat itu di hadapan Yehuwa.+ 15 Hizkia mula berdoa kepada Yehuwa+ dan berkata, 16 “Ya Yehuwa, ketua angkatan syurga,+ Tuhan orang Israel, yang bertakhta di atas* kerub-kerub,* Engkaulah satu-satunya Tuhan yang benar, yang berkuasa atas semua kerajaan di bumi. Engkau telah menciptakan langit dan bumi. 17 Ya Yehuwa, dengarlah dengan teliti!+ Bukalah mata-Mu dan lihatlah!+ Dengarlah kata-kata Sanherib yang menghina Engkau, ya Yehuwa, Tuhan yang hidup.+ 18 Kami semua tahu, ya Yehuwa, bahawa raja-raja Assyria telah melenyapkan negeri semua bangsa lain+ dan juga menghancurkan negeri mereka sendiri. 19 Mereka juga membakar patung berhala bangsa-bangsa lain.+ Semua patung itu bukanlah tuhan, tetapi hanyalah hasil tangan manusia,+ yang diperbuat daripada kayu dan batu. Itulah sebabnya raja-raja Assyria dapat memusnahkan berhala-berhala itu. 20 Oleh itu, ya Yehuwa, Tuhan kami, selamatkanlah kami daripada raja Assyria. Dengan demikian, semua kerajaan di bumi akan tahu bahawa Engkau satu-satunya Tuhan yang benar, ya Yehuwa.”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi