-
2 Raja-Raja 21:16Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
16 Selain menyebabkan orang Yehuda berdosa dan melakukan apa yang jahat di mata Yehuwa, Manasye juga membunuh begitu banyak orang yang tidak bersalah. Dia menyebabkan darah mereka memenuhi seluruh Yerusalem, iaitu dari satu hujung ke hujung yang lain.+
-
-
2 Raja-Raja 23:26Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
26 Meskipun demikian, Yehuwa tetap murka terhadap Yehuda kerana Manasye telah melakukan pelbagai perbuatan yang menjijikkan untuk membangkitkan kemurkaan-Nya.+
-
-
2 Tawarikh 33:11-13Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 Maka Yehuwa membiarkan ketua-ketua tentera raja Assyria menyerang mereka. Mereka menangkap Manasye dengan cangkuk,* mengikatnya dengan dua utas rantai tembaga lalu membawanya ke Babilon. 12 Sewaktu Manasye menderita, dia merayu dan meminta perkenan Tuhannya Yehuwa. Dia juga merendahkan dirinya dengan sepenuh hati di hadapan Tuhan nenek moyangnya. 13 Dia asyik berdoa dan merayu kepada Tuhan agar Tuhan berbelas kasihan kepadanya. Oleh itu, Tuhan tergerak untuk mengabulkan permintaan Manasye dan memulihkan kedudukannya sebagai raja di Yerusalem.+ Selepas itu, Manasye sedar bahawa Yehuwa ialah Tuhan yang benar.+
-