-
Ulangan 12:30, 31Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
30 Selepas hal itu berlaku, berhati-hatilah agar kamu tidak terikut-ikut dengan cara mereka, kerana hal itu akan menjadi seperti jerat bagi kamu. Jangan mencari maklumat tentang tuhan-tuhan mereka dengan berkata, ‘Bagaimanakah bangsa-bangsa itu menyembah tuhan-tuhan mereka? Aku ingin mengikut cara yang sama.’+ 31 Jangan menyembah Yehuwa, Tuhan kamu, sepertimana mereka menyembah tuhan-tuhan mereka, kerana semasa mereka menyembah tuhan-tuhan mereka, mereka melakukan perkara-perkara jijik yang dibenci oleh Yehuwa. Mereka bahkan membakar anak-anak mereka sendiri sebagai persembahan kepada tuhan-tuhan mereka.+
-
-
2 Tawarikh 36:14Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
14 Semua ketua imam dan segenap rakyat sama sekali tidak setia kepada Tuhan. Mereka terus melakukan segala perbuatan jijik seperti bangsa-bangsa lain. Mereka juga menajiskan Rumah Yehuwa+ di Yerusalem, ya, mereka menajiskan rumah yang telah disucikan oleh Tuhan.
-