PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Raja-Raja 9:15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Berikut merupakan catatan pembinaan yang dilakukan oleh orang yang diwajibkan+ untuk bekerja bagi Raja Salomo. Mereka telah membina Rumah Yehuwa,+ istana raja, tembok Yerusalem, tempat perlindungan,*+ kota Hazor,+ Megido,+ dan Gezer.+

  • 2 Tawarikh 35:20-25
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 20 Setelah Yosia melakukan segala hal itu bagi Rumah Tuhan, Raja Nekho+ dari Mesir datang untuk berperang di Karkemis, yang terletak berhampiran Sungai Efrat. Yosia pun pergi menyerangnya.+ 21 Maka Nekho menghantar utusan kepada Yosia dengan pesanan berikut: “Wahai raja Yehuda, perang ini tidak berkaitan dengan tuanku. Beta bukannya datang untuk melawan tuanku, tetapi melawan bangsa lain. Tuhan telah menyuruh beta bertindak dengan cepat, dan Dia sendiri memihak kepada beta. Oleh itu, demi kebaikan tuanku sendiri, janganlah melawan kehendak Tuhan. Jika tuanku melawan Tuhan, Tuhan akan memusnahkan tuanku.” 22 Tetapi Yosia berkeras untuk menyerang Nekho. Dia enggan mendengar firman Tuhan yang disampaikan melalui Nekho. Dia menyamar+ lalu pergi ke Dataran Megido+ untuk berperang dengan Nekho.

      23 Di situ, Raja Yosia terkena anak panah lalu dia berkata kepada hamba-hambanya, “Bawalah beta keluar dari sini kerana beta cedera parah.” 24 Maka mereka memindahkan Raja Yosia dari kereta kudanya ke dalam kereta kudanya yang kedua, lalu membawanya ke Yerusalem. Dia meninggal dan dikebumikan di makam nenek moyangnya.+ Seluruh Yehuda dan Yerusalem berkabung kerana kematian Yosia. 25 Yeremia+ menyanyikan lagu ratapan untuk Yosia. Semua penyanyi lelaki dan perempuan+ menyanyikan lagu ratapan tentang Yosia sehingga hari ini. Keputusan telah dibuat agar lagu-lagu ratapan ini dinyanyikan di Israel. Lagu-lagu ini juga dimasukkan dalam buku ratapan.

  • Zakharia 12:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Pada masa itu, ratapan di Yerusalem akan sangat memilukan, seperti ratapan di Hadadrimon, di Dataran Megido.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi