-
2 Raja-Raja 4:1, 2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
4 Pada suatu hari, seorang daripada sekumpulan nabi*+ telah meninggal. Maka, balunya datang kepada Elisa dan berkata, “Hambamu, iaitu suamiku, telah meninggal. Tuan tahu bahawa hambamu itu sentiasa takut akan Yehuwa.+ Sekarang, pemberi pinjaman sudah datang hendak mengambil kedua-dua orang anakku untuk dijadikan hamba.” 2 Lalu Elisa bertanya, “Apa yang dapat aku lakukan untukmu? Beritahulah aku, apa yang ada di dalam rumahmu?” Balu itu menjawab, “Hambamu tidak mempunyai apa-apa pun kecuali sebuah botol yang berisi minyak.”+
-
-
Ibrani 6:10Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
10 Hal ini demikian kerana Tuhan bukannya tidak adil. Dia tidak melupakan kerja yang telah kamu lakukan dan kasih yang telah kamu tunjukkan demi nama-Nya+ dengan menolong umat suci-Nya, baik dahulu mahupun sekarang.
-