PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Imamat 26:26
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 26 Bekalan makanan+ kamu akan menjadi begitu sedikit sehingga 10 orang wanita hanya memerlukan sebuah ketuhar untuk membakar roti. Roti itu akan ditimbang lalu dibahagi-bahagikan.+ Kamu akan memakannya tetapi tidak akan menjadi kenyang.+

  • Ulangan 28:53
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 53 dan kamu terpaksa memakan anak-anak kamu sendiri,+ iaitu anak-anak yang dikurniakan oleh Yehuwa kepada kamu. Hal ini demikian kerana penderitaan dan penindasan yang diakibatkan oleh serangan musuh kamu itu terlalu dahsyat.

  • Yeremia 37:21
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 21 Oleh itu, Raja Zedekia memberikan perintah agar Yeremia ditahan di Halaman Pengawal.+ Setiap hari, Yeremia diberi sebuku roti yang berbentuk bulat dari tempat membuat roti,*+ sehingga kota itu kehabisan roti.+ Demikianlah Yeremia tinggal di Halaman Pengawal.

  • Yeremia 38:2
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 2 “Inilah firman Yehuwa: ‘Orang yang tinggal di dalam kota ini akan mati dibunuh pedang, kebuluran, dan wabak penyakit.+ Tetapi orang yang menyerah diri kepada orang Kasdim akan terus hidup. Orang itu akan menyelamatkan nyawanya sendiri.’+

  • Ratapan 4:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  4 Bayi-bayi kehausan sehingga lidah mereka melekat pada lelangit mulut mereka.

      Anak-anak meminta makanan,+ tetapi tiada sesiapa pun yang memberikannya kepada mereka.+

  • Yehezkiel 4:16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 16 Tuhan berfirman lagi, “Hai anak manusia, Aku akan menghentikan bekalan makanan* di Yerusalem.+ Penduduk kota itu akan berasa cemas apabila mereka menimbang roti mereka dan memakannya.+ Mereka akan berasa khuatir semasa mereka menyukat air mereka dan meminumnya.+

  • Yehezkiel 5:10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 “‘“Akibatnya, ibu bapa dalam kalanganmu akan makan anak-anak mereka,+ dan anak-anak akan makan ibu bapa mereka. Aku akan menghukummu dan mencerai-beraikan sesiapa sahaja dalam kalanganmu yang masih hidup ke semua arah.”’+

  • Yehezkiel 5:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Satu pertiga daripada pendudukmu akan mati kerana wabak* atau kebuluran. Satu pertiga lagi akan mati ditikam pedang di sekelilingmu.+ Satu pertiga yang terakhir pula akan dicerai-beraikan ke semua arah, dan Aku akan menghunus pedang-Ku dan mengejar mereka.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi