PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Raja-Raja 9:8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 8 Rumah ini akan menjadi timbunan batu+ dan sesiapa sahaja yang lalu di sini akan tercengang dan menggelengkan kepala* sambil bertanya, ‘Mengapakah Yehuwa berbuat demikian terhadap negeri ini dan rumah ini?’+

  • Mazmur 74:3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  3 Halakanlah langkah-Mu ke arah tempat yang sudah lama binasa.+

      Musuh telah memusnahkan segala yang ada di dalam tempat suci-Mu.+

  • Mazmur 79:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 79 Ya Tuhan, bangsa-bangsa telah menyerang tanah warisan-Mu;+

      Mereka telah menajiskan Rumah-Mu yang suci;+

      Mereka telah membuat Yerusalem menjadi timbunan reruntuhan.+

  • Yesaya 64:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Tempat ibadat kami yang suci dan mulia,*

      Tempat nenek moyang kami memuji-Mu dahulu,

      Telah hangus dijilat api.+

      Segala yang berharga bagi kami kini menjadi reruntuhan.

  • Yeremia 7:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Oleh itu, apa yang telah Aku lakukan terhadap Silo akan Aku lakukan terhadap rumah yang dibina untuk nama-Ku,+ iaitu tempat yang kamu harapkan.+ Ya, tempat yang telah Aku berikan kepada kamu dan nenek moyang kamu akan Kuperlakukan seperti Silo.+

  • Ratapan 1:10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Semua harta Yerusalem kini berada dalam tangan musuh.+

      Dia nampak bangsa-bangsa lain masuk ke tempat sucinya,+

      Padahal Engkau telah melarang mereka berhimpun bersama umat-Mu.*

  • Ratapan 2:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  7 Yehuwa telah menolak mazbah-Nya;

      Dia telah meninggalkan tempat-Nya yang suci.+

      Tembok-tembok di menara yang kukuh telah diserahkan-Nya ke dalam tangan musuh.+

      Musuh bersorak-sorak di Rumah Yehuwa+ seperti pada hari perayaan.

  • Mikha 3:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Disebabkan perbuatan kamu,

      Sion akan dibajak seperti ladang,

      Yerusalem akan menjadi runtuhan batu,+

      Dan gunung tempat Rumah Tuhan akan menjadi seperti gunung yang berhutan.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi