-
Yeremia 15:2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
2 Jika mereka bertanya kepadamu, ‘Ke manakah kami harus pergi?’ jawablah mereka, ‘Inilah firman Yehuwa:
“Sesiapa yang akan mati kerana penyakit, biarlah dia mati kerana penyakit!
Sesiapa yang akan mati kerana pedang, biarlah dia mati kerana pedang!+
Sesiapa yang akan mati kebuluran, biarlah dia mati kebuluran!
Sesiapa yang akan menjadi tawanan, biarlah dia dijadikan tawanan!”’+
-
-
Yeremia 39:9Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Nebuzaradan,+ iaitu ketua pengawal istana, menawan rakyat yang masih tinggal di kota Yerusalem, orang yang telah membelot dan memihak kepadanya, dan penduduk lain yang masih hidup. Dia membawa mereka semua ke Babilon.
-
-
Yeremia 52:15Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
15 Nebuzaradan, ketua pengawal istana itu, menawan rakyat yang miskin, orang yang masih tinggal di kota Yerusalem, orang yang telah membelot dan memihak kepada raja Babilon, dan tukang-tukang yang mahir.+
-
-
Yeremia 52:30Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
30 Pada tahun ke-23 pemerintahan Nebukadnezar, 745 orang Yahudi ditawan oleh Nebuzaradan, ketua pengawal istana itu.+
Secara keseluruhannya, 4,600 orang telah ditawan.
-
-
Yehezkiel 5:2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
2 Bakarlah satu pertiga rambut itu di dalam kota setelah hari-hari pengepungan itu berakhir.+ Satu pertiga lagi, hendaklah engkau tetak dengan pedangmu sambil mengelilingi kota itu.+ Satu pertiga yang terakhir, hendaklah engkau hamburkan ke udara, lalu Aku akan menghunus pedang-Ku dan mengejar rambut-rambut itu.+
-