PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ulangan 5:7-9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 7 Jangan menyembah tuhan-tuhan lain.* Sembahlah Aku sahaja.+

      8 “‘Jangan membuat patung+ atau lambang yang menyerupai apa-apa pun yang ada di langit, di bumi, atau di dalam air di bawah bumi. 9 Jangan bersujud atau tergoda untuk menyembah semua itu,+ kerana Akulah Yehuwa, Tuhan kamu. Sembahlah Aku sahaja.+ Aku menghukum orang yang membenci Aku. Kerana dosa bapa, Aku akan menghukum keturunannya sehingga generasi yang ketiga dan keempat.+

  • Hakim-Hakim 2:17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 17 Tetapi mereka tidak mahu mendengarkan hakim-hakim itu. Mereka tidak setia kepada Tuhan* dan bersujud kepada tuhan-tuhan lain. Nenek moyang mereka mematuhi perintah Yehuwa, tetapi mereka tidak berbuat demikian. Dengan cepat mereka menyimpang daripada haluan yang diikuti nenek moyang mereka.+

  • Hakim-Hakim 8:33
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 33 Sebaik sahaja Gideon meninggal, orang Israel menyembah Baal*+ lagi. Mereka juga menjadikan Baal-berit tuhan mereka.+

  • 2 Raja-Raja 17:10, 11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Mereka terus mendirikan tugu-tugu suci* dan tiang-tiang suci*+ di atas setiap bukit dan di bawah setiap pokok yang subur;+ 11 mereka membakar korban di tempat-tempat yang tinggi sehingga asap naik, seperti yang dilakukan oleh bangsa-bangsa yang telah dihalau oleh Yehuwa dari hadapan mereka.+ Mereka asyik membuat hal-hal jahat yang membangkitkan kemurkaan Yehuwa.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi