-
Nehemia 11:7-9Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 Daripada kalangan orang Benyamin: Salu+ (Salu ialah anak Mesulam, Mesulam ialah anak Yoed, Yoed ialah anak Pedaya, Pedaya ialah anak Kolaya, Kolaya ialah anak Maaseya, Maaseya ialah anak Itiel, dan Itiel ialah anak Yeshaya), 8 dan keluarga Gabai serta Salai. Mereka semua berjumlah 928 orang. 9 Yoel anak Zikhri ialah penyelia mereka, dan Yehuda anak Hasenua ialah orang yang kedua berkuasa selepas Yoel.
-