-
1 Tawarikh 26:14-16Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
14 Selepas membuang undi, Syelemia mendapat tugas untuk menjaga gerbang di sebelah timur. Anaknya Zakharia ialah seorang penasihat yang bijaksana. Zakharia mendapat tugas untuk menjaga gerbang di sebelah utara. 15 Obed-edom mendapat tugas untuk menjaga pintu gerbang di sebelah selatan, manakala anak-anaknya+ ditugaskan untuk menjaga gudang-gudang. 16 Supim dan Hosa+ mendapat tugas untuk menjaga gerbang di sebelah barat, dekat Gerbang Syalekhet, iaitu berhampiran jalan yang menanjak. Di situ, satu kumpulan pengawal bertugas bersebelahan dengan kumpulan yang satu lagi.
-