PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Samuel 23:9, 10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 9 Seterusnya ialah Eleazar+ anak Dodo+ daripada keturunan Ahohi. Dia juga salah seorang daripada tiga orang pahlawan yang paling gagah. Dia ada bersama Daud ketika mereka mencabar orang Filistin. Pada waktu itu, orang Filistin telah berkumpul untuk berperang. Apabila tentera Israel berundur, 10 Eleazar tidak berganjak dari tempatnya. Dia terus melawan orang Filistin sehingga lengannya lesu dan tangannya kejang kerana dia asyik memegang pedang.+ Pada hari itu, Yehuwa memberikan kemenangan* yang besar kepada tentera Israel.+ Selepas itu, mereka mengikut Eleazar dan pergi mengambil barang-barang pada mayat.

  • 2 Samuel 23:15-17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Dia meluahkan hasratnya dengan berkata, “Alangkah baiknya jika beta dapat minum air dari perigi dekat pintu gerbang Betlehem!” 16 Setelah mendengar hal itu, tiga orang pahlawan Daud yang paling gagah menyerbu perkhemahan orang Filistin. Mereka menimba air dari perigi dekat pintu gerbang Betlehem lalu membawanya kepada Daud. Tetapi dia enggan meminumnya lalu menuangkan air itu ke tanah demi Yehuwa.+ 17 Dia berkata, “Tidak mungkin beta minum air ini kerana beta takut kepada Yehuwa. Mereka telah mempertaruhkan nyawa mereka hanya untuk membawa air ini. Jika beta meminumnya, beta seolah-olah minum darah+ orang yang telah mempertaruhkan nyawa mereka.” Itulah sebabnya Daud enggan meminumnya. Demikianlah hal-hal yang dilakukan oleh tiga orang pahlawan Daud yang paling gagah itu.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi