PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Samuel 16:11, 12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Akhirnya Samuel bertanya kepada Isai, “Hanya inikah anak-anak lelakimu?” Isai menjawab, “Masih ada seorang lagi yang bongsu.+ Dia sedang menggembala biri-biri.”+ Lalu Samuel berkata kepada Isai, “Suruhlah dia datang kerana kita tidak akan duduk untuk makan selagi dia belum tiba.” 12 Maka Isai menyuruh orang untuk memanggil anak bongsunya. Anaknya itu kacak dan matanya menawan.+ Kemudian Yehuwa berfirman, “Inilah orangnya! Bangunlah dan urapilah dia.”+

  • 1 Samuel 17:15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Semasa Daud berkhidmat untuk Saul, dia berulang-alik ke rumahnya untuk menjaga biri-biri+ bapanya di Betlehem.

  • 1 Samuel 25:30
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 30 Apabila Yehuwa menunaikan segala kebaikan yang dijanjikan-Nya kepada tuan dan melantik tuan sebagai pemimpin umat Israel,+

  • 2 Samuel 7:8-11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 8 Beritahulah hamba-Ku Daud, ‘Inilah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga: “Dahulu engkau menjaga ternakan di padang rumput,+ tetapi Aku telah mengambil engkau dan menjadikan engkau pemimpin umat-Ku Israel.+ 9 Aku akan menyertai engkau ke mana saja engkau pergi.+ Aku akan menyingkirkan semua musuhmu dari hadapanmu.+ Aku akan memasyhurkan namamu,+ seperti orang kenamaan yang ada di bumi. 10 Aku akan memilih sebuah tempat untuk umat-Ku Israel dan menempatkan mereka di sana. Mereka akan tinggal di sana tanpa gangguan, dan orang jahat tidak akan menindas mereka lagi.+ 11 Sejak Aku melantik hakim-hakim+ atas umat-Ku Israel, mereka telah ditindas, tetapi Aku akan memastikan bahawa engkau tidak akan diganggu oleh musuh-musuhmu lagi.+

      “‘“Yehuwa juga memberitahu engkau bahawa Yehuwa akan menjadikan keluargamu keturunan diraja.*+

  • Mazmur 78:70, 71
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 70 Dia memilih hamba-Nya Daud,+

      Dan mengambilnya dari kandang biri-biri,+

      71 Dari tempat dia menjaga biri-biri betina yang masih menyusui anak.

      Kemudian Dia menjadikan Daud gembala Yakub, iaitu umat-Nya,+

      Dan gembala Israel, iaitu warisan-Nya.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi