-
1 Tawarikh 11:20, 21Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
20 Selain itu, terdapat tiga orang lagi pahlawan yang gagah. Salah seorang daripada mereka ialah Abisai,+ abang Yoab,+ dan dia merupakan ketua mereka. Dia pernah membunuh 300 orang dengan tombaknya, dan kemasyhurannya setanding dengan tiga orang pahlawan Daud yang paling gagah.+ 21 Abisai menjadi ketua kerana dialah yang paling handal. Tetapi dia tidak mendapat kedudukan yang sama dengan tiga orang pahlawan Daud yang paling gagah itu.
-