PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Raja-Raja 21:7-9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 7 Dia telah membina patung berhala yang menyerupai tiang-tiang suci+ dan meletakkannya di dalam Rumah Tuhan, padahal mengenai rumah itu, Yehuwa pernah berfirman kepada Daud dan anaknya Salomo, “Aku akan meletakkan nama-Ku secara kekal di rumah ini dan di Yerusalem, kota yang telah Aku pilih dari seluruh kawasan suku Israel.+ 8 Jika orang Israel mematuhi segala perintah yang telah Aku berikan,+ iaitu Hukum yang telah disampaikan oleh Musa, hamba-Ku, Aku tidak lagi akan menghalau mereka keluar dari negeri yang telah Aku berikan kepada nenek moyang mereka.”+ 9 Namun, orang Israel tidak mematuhi-Nya, dan Manasye asyik menyesatkan mereka dan menyebabkan mereka melakukan dosa yang lebih besar daripada dosa bangsa-bangsa yang telah diusir oleh Yehuwa dari hadapan orang Israel.+

  • 2 Raja-Raja 23:27
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 27 Yehuwa berfirman, “Sebagaimana Aku telah melenyapkan Israel,+ Aku juga akan menyingkirkan Yehuda dari pandangan-Ku.+ Aku akan menolak Yerusalem, kota yang telah Aku pilih, dan menolak Rumah-Ku biarpun Aku pernah berfirman bahawa ‘Nama-Ku akan tetap berada di situ.’”+

  • 2 Tawarikh 7:16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 16 Aku telah memilih dan menyucikan rumah ini agar nama-Ku akan berkekalan di sini.+ Aku akan sentiasa menjaga dan melindunginya.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi