-
2 Raja-Raja 22:3-6Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 Pada tahun ke-18 pemerintahan Raja Yosia, dia menyuruh setiausahanya, iaitu Safan anak Azalia, cucu Mesulam, pergi ke Rumah Yehuwa.+ Raja berkata, 4 “Berjumpalah dengan Imam Agung Hilkia.+ Suruhlah dia mengumpulkan semua wang yang telah dibawa ke Rumah Yehuwa,+ iaitu wang yang diterima oleh para penjaga pintu daripada rakyat.+ 5 Kemudian wang itu harus diberikan kepada beberapa orang yang dilantik untuk mengawasi kerja pembaikan Rumah Yehuwa. Suruhlah mereka memberikan wang itu kepada para pekerja yang membaiki kerosakan* yang ada pada Rumah Yehuwa,+ 6 iaitu jurubina, tukang batu, dan tukang-tukang yang mahir. Mereka akan menggunakan wang itu untuk membeli kayu dan batu yang sudah dipotong untuk membaiki kerosakan yang ada pada Rumah Tuhan.+
-