-
Keluaran 37:25, 26Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
25 Dia membuat sebuah mazbah daripada kayu akasia, sebagai tempat membakar kemenyan.+ Mazbah itu berbentuk segi empat, berukuran 44.5 sentimeter panjang, 44.5 sentimeter lebar, dan 89 sentimeter tinggi.* Dia juga membuat tanduk-tanduk yang menjadi sebahagian daripada mazbah.+ 26 Dia menyaluti seluruh mazbah itu dengan emas tulen, iaitu bahagian atas, semua sisi, dan tanduk-tanduknya. Kemudian dia memasang bingkai emas pada bahagian atasnya.
-
-
Wahyu 8:3Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 Kemudian, satu lagi malaikat datang lalu berdiri di hadapan mazbah+ dengan memegang bekas kemenyan*+ yang diperbuat daripada emas. Dia diberi banyak kemenyan agar dia dapat mempersembahkan kemenyan itu di atas mazbah emas+ yang terletak di hadapan takhta Tuhan semasa umat suci berdoa kepada Tuhan.
-