-
2 Raja-Raja 22:14-20Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
14 Maka Imam Hilkia, Ahikam, Akhbor, Safan, dan Asaya pergi berjumpa dengan seorang nabi wanita yang bernama Hulda.+ Hulda ialah isteri Salum anak Tikwa, cucu Harhas. (Salum ialah pengurus tempat penyimpanan pakaian.) Hulda menetap di Wilayah Kedua di Yerusalem, maka mereka pergi ke situ untuk bercakap dengannya.+ 15 Dia berkata kepada mereka, “Inilah firman Yehuwa, Tuhan orang Israel: ‘Beritahulah orang yang telah mengutus kamu kepada-Ku, 16 “Inilah firman Yehuwa, ‘Aku akan mendatangkan malapetaka atas tempat ini dan penduduknya sebagaimana yang tertulis dalam kitab yang telah dibaca oleh raja Yehuda.+ 17 Mereka telah meninggalkan Aku dan mempersembahkan korban* kepada tuhan-tuhan lain.+ Segala perbuatan mereka telah membangkitkan kemurkaan-Ku.+ Maka Aku murka terhadap tempat ini, dan api kemurkaan-Ku tidak akan reda.’”+ 18 Tetapi beritahulah raja Yehuda yang telah menyuruh kamu untuk meminta petunjuk daripada Yehuwa, “Inilah firman Yehuwa, Tuhan orang Israel: ‘Engkau telah mendengar kata-kata dalam kitab itu. 19 Aku telah berfirman bahawa penduduk tempat ini akan dikutuk dan orang yang nampak mereka akan berasa takut. Tetapi setelah mendengar firman-Ku berkenaan tempat ini dan penduduknya, engkau bertaubat* dan merendahkan diri+ di hadapan Yehuwa, serta mengoyakkan jubahmu+ dan menangis di hadapan-Ku. Oleh itu, Aku akan mendengar doamu, firman Yehuwa. 20 Engkau akan meninggal dengan tenteram lalu dikuburkan. Engkau tidak akan melihat semua malapetaka yang akan Aku timpakan atas tempat ini.’”’” Kemudian mereka menyampaikan pesanan itu kepada raja.
-