-
1 Raja-Raja 6:33-35Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
33 Dia juga membuat tiang-tiang bagi pintu masuk Bilik Suci dengan cara yang sama. Tiang-tiang itu diperbuat daripada kayu pain, dan membentuk bahagian yang keempat.* 34 Dia membuat dua buah pintu daripada kayu juniper. Setiap pintu ada dua daun pintu yang berpusing pada paksinya.+ 35 Dia mengukir kerub, pokok palma, dan bunga yang mekar pada kedua-dua pintu itu. Selepas itu, dia melapisi ukiran-ukiran itu dengan emas.
-