PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Keluaran 12:15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Kamu harus memakan roti yang tidak beragi selama tujuh hari.+ Pada hari pertama, kamu harus membuang segala ragi yang ada di dalam rumah kamu. Sepanjang tujuh hari itu, sesiapa yang memakan apa sahaja yang beragi mesti dihukum mati.

  • Imamat 23:6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 “‘Perayaan Roti Tidak Beragi bagi Aku, Yehuwa,+ akan bermula pada hari ke-15 bulan yang sama. Kamu harus memakan roti yang tidak beragi selama tujuh hari.+

  • Ulangan 16:3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Kamu tidak boleh memakan apa-apa yang beragi+ bersama korban itu. Selama tujuh hari, kamu harus memakan roti yang tidak beragi* untuk mengenang kesusahan dan penderitaan yang kamu alami, dan untuk memperingati bahawa kamu telah keluar dari Mesir dengan tergesa-gesa.+ Seumur hidup kamu, kamu mesti berbuat demikian untuk mengenang hari kamu keluar dari Mesir.+

  • 2 Tawarikh 30:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 30 Hizkia mengirim pesanan ke seluruh Israel+ dan Yehuda. Dia juga menulis surat dan menghantarnya ke Efraim dan Manasye.+ Dia menjemput mereka datang ke Rumah Yehuwa di Yerusalem supaya mereka boleh menyambut Perayaan Paska* untuk menghormati Yehuwa, Tuhan orang Israel.+

  • 2 Tawarikh 30:21
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 21 Orang Israel di Yerusalem menyambut Perayaan Roti Tidak Beragi+ selama tujuh hari dengan penuh sukacita.+ Orang Lewi dan para imam memuji Yehuwa setiap hari. Mereka memainkan alat muzik mereka dengan nyaring untuk Yehuwa.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi