-
Ulangan 28:49-51Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
49 “Yehuwa akan mendatangkan suatu bangsa dari hujung bumi untuk menyerang kamu,+ iaitu sebuah bangsa yang bahasanya tidak kamu fahami.+ Mereka akan menyerang kamu seperti burung helang menyambar mangsanya.+ 50 Mereka merupakan sebuah bangsa yang ganas dan kejam. Mereka tidak berbelas kasihan terhadap sesiapa pun, baik orang tua mahupun kanak-kanak.+ 51 Mereka akan memakan ternakan kamu dan hasil tanaman kamu sehingga kamu dilenyapkan. Mereka tidak akan meninggalkan bijirin, minyak, wain baharu, anak lembu, atau anak bebiri, untuk kamu sehingga kamu dimusnahkan.+
-