PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Keluaran 25:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Masukkan kayu pengusung itu ke dalam gelang pada kedua-dua sisi tabut itu agar tabut dapat diusung.

  • Bilangan 4:15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 “Apabila orang Israel memindahkan perkhemahan mereka, Harun dan anak-anak lelakinya mesti menutup semua peralatan di dalam khemah suci.+ Kemudian barulah orang Kehat boleh masuk untuk mengangkat benda-benda itu.+ Tetapi mereka tidak boleh menyentuh benda-benda suci itu. Jika mereka menyentuhnya, mereka akan mati.+ Orang Kehat ditugaskan untuk mengangkat benda-benda suci itu.

  • 1 Raja-Raja 8:3-5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Apabila semua pemimpin orang Israel tiba, para imam pun mengangkat tabut itu.+ 4 Para imam dan orang Lewi membawa tabut Yehuwa, khemah pertemuan,+ dan semua peralatan suci yang ada di dalam khemah itu. 5 Raja Salomo dan segenap umat Israel yang telah dijemput untuk menghadapnya, berkumpul di hadapan tabut. Ada begitu banyak biri-biri dan lembu yang dikorbankan+ sehingga bilangannya tidak dapat dikira.

  • 1 Tawarikh 15:2
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 2 Pada waktu itu, Daud berkata, “Tiada sesiapa pun yang boleh mengangkat tabut Tuhan yang benar, kecuali orang Lewi, kerana Yehuwa telah memilih mereka untuk mengangkat tabut Yehuwa dan sentiasa berkhidmat kepada-Nya.”+

  • 1 Tawarikh 15:15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Kemudian orang Lewi mengangkat tabut Tuhan yang benar di bahu mereka dengan kayu-kayu pengusung,+ seperti yang telah diperintahkan oleh Yehuwa melalui Musa.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi