PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Raja-Raja 8:14-21
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Kemudian raja berpaling menghadap segenap umat* Israel yang sedang berdiri dan mula memberkati mereka.+ 15 Dia berkata, “Terpujilah Yehuwa, Tuhan orang Israel. Dia telah berjanji kepada ayahanda beta Daud, dengan mulut-Nya sendiri, dan telah menunaikan janji-Nya dengan tangan-Nya sendiri. Dia pernah berfirman, 16 ‘Sejak Aku membawa umat-Ku Israel keluar dari Mesir, Aku belum pernah memilih kota mana pun di seluruh kawasan suku Israel sebagai tempat pembinaan sebuah rumah supaya nama-Ku tetap berada di situ.+ Tetapi Aku telah memilih Daud untuk memerintah umat-Ku Israel.’ 17 Daud, ayahanda beta, memang berhasrat untuk membina sebuah rumah bagi memuliakan nama Yehuwa, Tuhan orang Israel.+ 18 Tetapi Yehuwa berfirman kepada ayahanda beta, ‘Engkau berhasrat untuk membina sebuah rumah bagi memuliakan nama-Ku, dan hasratmu ini memang baik. 19 Namun engkau tidak akan membinanya. Anakmu, ya anakmu sendirilah yang akan membina rumah untuk memuliakan nama-Ku.’+ 20 Yehuwa telah menunaikan janji-Nya. Beta telah duduk di atas takhta Israel dan menggantikan ayahanda beta sebagai raja, seperti yang telah dijanjikan oleh Yehuwa. Beta juga telah membina sebuah rumah untuk memuliakan nama Yehuwa, Tuhan orang Israel.+ 21 Di sana, beta telah menyediakan tempat untuk tabut yang mengandungi batu-batu tulis yang mencatatkan perjanjian+ antara Yehuwa dengan nenek moyang kita, semasa Dia membawa mereka keluar dari negeri Mesir.”

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi