PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Keluaran 12:48
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 48 Jika orang asing yang tinggal bersama kamu ingin menyambut Perayaan Paska bagi Aku, Yehuwa, semua lelaki dalam keluarganya mesti disunat. Selepas itu barulah dia boleh menyambutnya, dan dia akan dianggap sebagai orang Israel asli. Tetapi lelaki yang tidak disunat tidak boleh memakan korban Paska.+

  • Rut 1:16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 16 Tetapi Rut menjawab, “Janganlah suruh saya meninggalkan mak. Benarkanlah saya mengikut mak. Ke mana saja mak pergi, ke sanalah saya hendak pergi juga. Di mana saja mak tinggal, di situlah saya hendak tinggal juga. Bangsa mak, bangsa saya juga, dan Tuhan yang mak sembah, akan saya sembah juga.+

  • 2 Raja-Raja 5:15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Selepas itu, Naaman dan rombongannya kembali kepada nabi itu.+ Naaman berdiri di hadapan Elisa dan berkata, “Sekarang barulah aku tahu bahawa tiada Tuhan yang benar di seluruh dunia kecuali Tuhan orang Israel.+ Terimalah hadiah hambamu ini.”

  • Yesaya 56:6, 7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  6 Jika orang asing menyembah Aku, Yehuwa,

      Kerana mereka mengasihi nama Aku, Yehuwa,+

      Dan ingin berkhidmat kepada-Ku serta menjadi hamba-Ku,

      Dan jika mereka menyambut hari Sabat dan tidak melanggar hukum Sabat

      Serta berpegang teguh pada perjanjian-Ku,

       7 Aku juga akan membawa mereka ke gunung suci-Ku+

      Dan memberi mereka sukacita di dalam rumah doa-Ku.

      Aku akan menerima korban bakar dan korban-korban lain yang dipersembahkan oleh mereka di atas mazbah-Ku.

      Rumah-Ku akan disebut rumah tempat berdoa bagi semua bangsa.”+

  • Kisah 8:27
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 27 Maka Filipus pun bangun dan bertolak. Di situ, ada seorang sida-sida dari Etiopia.* Dia pegawai tinggi yang berkhidmat kepada Kandake, iaitu ratu negeri Etiopia, dan dia bertanggungjawab mengurus semua harta ratu. Lelaki ini telah pergi ke Yerusalem untuk beribadat,+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi