PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ulangan 30:1-3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 30 “Apabila Yehuwa, Tuhan kamu, mencerai-beraikan kamu dalam kalangan bangsa-bangsa lain,+ dan semua berkat dan kutukan yang aku sebutkan+ menjadi kenyataan terhadap kamu, lalu kamu teringat akan semua itu,+ 2 dan kamu serta keturunan kamu kembali kepada Yehuwa+ dengan sepenuh hati dan sepenuh jiwa, dan mematuhi semua perintah-Nya yang aku sampaikan kepada kamu pada hari ini,+ 3 Yehuwa akan berbelas kasihan terhadap kamu.+ Yehuwa, Tuhan kamu, akan membawa kamu pulang daripada pembuangan+ dan Dia akan mengumpulkan kamu semula dari negeri-negeri tempat Dia mencerai-beraikan kamu.+

  • 1 Samuel 7:3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Samuel berkata kepada seluruh umat itu, “Jika kamu ingin kembali kepada Yehuwa dengan sepenuh hatimu,+ singkirkanlah tuhan-tuhan bangsa asing+ dan patung-patung Asytoret+ dalam kalangan kamu. Berpalinglah kepada Yehuwa dengan hati yang tidak berbelah bahagi dan sembahlah Dia sahaja,+ lalu Dia akan menyelamatkan kamu daripada tangan orang Filistin.”+

  • Daniel 9:2, 3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 2 ya, pada tahun pertama pemerintahannya, aku, Daniel, faham bahawa Yerusalem akan menjadi tempat terbiar+ selama 70 tahun.+ Aku mengetahui hal ini setelah mengkaji kitab-kitab* yang mengandungi firman Yehuwa kepada Nabi Yeremia. 3 Maka aku meminta bantuan daripada* Yehuwa, Tuhan yang benar. Aku berdoa kepada-Nya, berpuasa,+ memakai kain guni, dan menaburkan abu* pada diriku.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi