PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Tawarikh 6:31, 32
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 31 Daud melantik beberapa orang untuk memimpin nyanyian di khemah* Yehuwa selepas tabut perjanjian diletakkan di situ.+ 32 Mereka bertanggungjawab untuk bernyanyi di hadapan khemah suci, iaitu khemah pertemuan, sehingga Salomo selesai membina Rumah Yehuwa di Yerusalem,+ dan mereka terus menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka.+

  • 1 Tawarikh 15:16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 16 Daud menyuruh ketua-ketua orang Lewi supaya memilih beberapa orang penyanyi dalam kalangan saudara mereka untuk bernyanyi dengan gembira, sambil diiringi alat-alat muzik bertali, kecapi,+ dan simbal.+

  • 1 Tawarikh 16:37
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 37 Kemudian Daud meninggalkan Asaf+ dan saudara-saudaranya di hadapan tabut Yehuwa.+ Mereka sentiasa bertugas di situ menurut jadual yang telah ditetapkan setiap hari.+

  • 1 Tawarikh 16:42
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 42 Heman+ dan Yedutun ditugaskan untuk memainkan trompet, simbal, dan alat-alat muzik yang lain untuk memuji Tuhan yang benar. Anak-anak lelaki Yedutun+ yang lain pula ditugaskan untuk menjaga pintu gerbang.

  • 1 Tawarikh 25:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 25 Kemudian, Daud dan para pemimpin yang lain memilih beberapa orang daripada anak-anak lelaki Asaf, Heman, dan Yedutun+ untuk bernubuat sambil diiringi kecapi, alat-alat muzik bertali,+ dan simbal.+ Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Inilah nama orang yang akan menjalankan tugas itu:

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi