PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ulangan 12:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Yehuwa, Tuhan kamu, akan memilih satu tempat untuk memuliakan nama-Nya.+ Bawalah semua yang telah aku perintahkan kepada kamu, iaitu korban bakar dan korban-korban lain kamu, sumbangan dan persepuluhan kamu,+ dan persembahan yang kamu berikan untuk menunaikan ikrar, ke tempat yang telah dipilih oleh Yehuwa itu.

  • 1 Tawarikh 22:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 22 Kemudian Daud berkata, “Di tempat inilah Rumah Yehuwa, Tuhan yang benar, akan dibina, dan di mazbah inilah orang Israel akan mempersembahkan korban bakar.”+

  • 2 Tawarikh 15:8, 9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 8 Sebaik sahaja Asa mendengar kata-kata ini dan nubuat Nabi Oded, dia memberanikan diri. Dia menyingkirkan semua patung berhala yang menjijikkan dari seluruh Yehuda+ dan Benyamin, dan dari kota-kota di kawasan pergunungan Efraim yang telah ditawannya. Kemudian dia membaik pulih mazbah Yehuwa yang terletak di anjung Rumah Yehuwa.+ 9 Dia mengumpulkan semua penduduk Yehuda dan Benyamin. Dia juga mengumpulkan sebilangan besar penduduk asing yang terdiri daripada orang Efraim, orang Manasye, dan orang Simeon.+ Mereka sedar bahawa Tuhan Yehuwa menyertai Asa, maka mereka meninggalkan Israel dan berpihak kepada Asa.

  • 2 Tawarikh 30:10, 11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Para utusan pergi ke kota-kota di seluruh Efraim dan Manasye,+ bahkan ke Zebulon. Tetapi orang di sana mengejek dan menghina mereka.+ 11 Meskipun begitu, sebilangan orang dari Asyer, Manasye, dan Zebulon merendahkan diri lalu pergi ke Yerusalem.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi