PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Keluaran 30:12-16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 “Apabila kamu mengadakan banci untuk mengira bilangan lelaki umat Israel,+ setiap lelaki mesti membayar wang tebusan bagi nyawanya kepada Aku, Yehuwa. Dengan demikian, mereka tidak akan ditimpa bencana semasa banci dijalankan. 13 Mereka yang telah dihitung haruslah memberikan setengah syekel* perak menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci.+ Satu syekel sama dengan 20 gera.* Ya, sumbangan yang harus diberikan kepada Aku, Yehuwa, ialah setengah syekel perak.+ 14 Setiap orang yang dihitung, iaitu mereka yang berusia 20 tahun dan ke atas, haruslah memberikan sumbangan kepada Aku, Yehuwa.+ 15 Orang kaya tidak boleh memberi lebih dan orang miskin tidak boleh memberi kurang daripada setengah syekel perak sebagai sumbangan kepada Aku, Yehuwa, untuk menebus nyawa mereka. 16 Kumpulkan wang perak yang diberikan oleh orang Israel dan gunakannya untuk membiayai segala kerja yang dijalankan di khemah pertemuan. Wang perak ini merupakan tebusan untuk orang Israel dan akan menjadi tanda peringatan untuk Aku, Yehuwa.”

  • Nehemia 10:32
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 32 Selain itu, kami mewajibkan diri untuk memberikan empat gram perak* bagi khidmat di Rumah Tuhan setiap tahun,+

  • Matius 17:24
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 24 Selepas mereka tiba di Kapernaum, orang yang memungut cukai Rumah Tuhan* menghampiri Petrus dan bertanya, “Adakah guru kamu membayar cukai Rumah Tuhan?”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi