-
2 Tawarikh 13:3Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 Pernah sekali, Abia pergi berperang dengan membawa 400,000 orang pahlawan yang gagah dan terlatih.+ Yerobeam pula membawa 800,000 orang pahlawan yang gagah dan terlatih lalu mengatur barisan tentera untuk menentang Abia.
-
-
2 Tawarikh 17:14Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
14 Mereka dibahagikan menurut puak. Daripada suku Yehuda, terdapat Adnah, yang memimpin 300,000 orang pahlawan gagah. (Adnah ialah salah seorang ketua atas 1,000 orang.)+
-
-
2 Tawarikh 25:5Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
5 Amazia memanggil orang Yehuda dan menyuruh mereka berkumpul menurut puak masing-masing di bawah pimpinan ketua-ketua atas 1,000 orang dan ketua-ketua atas 100 orang. Dia berbuat demikian bagi semua orang Yehuda dan Benyamin.+ Semasa dia mendaftarkan mereka yang berumur 20 tahun dan ke atas,+ dia mendapati bahawa dia mempunyai 300,000 orang pahlawan terlatih yang dapat berperang dan pandai menggunakan tombak dan perisai besar.
-