-
Hakim-Hakim 20:16Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
16 Antara semua askar itu terdapat 700 orang yang kidal. Tiap-tiap orang itu cekap menghumban batu dengan menggunakan ali-ali,* dan tidak pernah meleset sedikit pun walaupun sasarannya cuma sehelai rambut.
-
-
1 Samuel 17:49Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
49 Daud memasukkan tangannya ke dalam kantung dan mengambil sebiji batu lalu menghumban batu itu ke dahi Goliat. Batu itu terbenam ke dalam dahi Goliat sehingga dia rebah tertiarap ke tanah.+
-
-
1 Tawarikh 12:1, 2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
12 Semasa Daud melarikan diri daripada Saul+ anak Kish, banyak orang pergi ke Ziklag+ untuk menyertai Daud. Mereka ialah para pahlawan gagah yang ingin membantu dia dalam peperangan.+ 2 Mereka bersenjatakan busur dan pandai memanah atau melontarkan batu dengan ali-ali,*+ baik dengan tangan kiri mahupun dengan tangan kanan.+ Mereka ialah saudara-mara Saul yang berasal daripada suku Benyamin.+
-