-
2 Tawarikh 26:16-18Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
16 Selepas Uzia menjadi berkuasa, dia menjadi angkuh. Keangkuhannya menyebabkan kejatuhannya. Dia bertindak tidak setia kepada Yehuwa, Tuhannya, dengan memasuki Rumah Yehuwa untuk membakar kemenyan di mazbah kemenyan.+ 17 Imam Azarya bersama 80 orang imam Yehuwa yang berani segera menyusuli Uzia 18 dan mencuba menghalangnya. Mereka berkata, “Tuanku Uzia! Tuanku tidak berhak membakar kemenyan kepada Yehuwa!+ Hanya para imam yang boleh berbuat demikian kerana mereka ialah keturunan Harun+ yang telah disucikan. Tinggalkanlah tempat suci ini. Tuanku telah bertindak tidak setia kepada Tuhan, dan tuanku tidak akan memperoleh penghormatan daripada Tuhan Yehuwa kerana hal ini.”
-