-
2 Tawarikh 28:5-8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
5 Maka Yehuwa, Tuhannya, menyerahkannya ke dalam tangan raja Siria.+ Raja Siria mengalahkannya dan membawa banyak tawanan ke Damsyik.+ Tuhan juga menyerahkannya ke dalam tangan raja Israel, yang membunuh banyak rakyatnya. 6 Dalam satu hari sahaja, Pekah+ anak Remalia telah membunuh 120,000 orang pahlawan Yehuda yang berani. Hal ini demikian kerana orang Yehuda telah meninggalkan Yehuwa, Tuhan nenek moyang mereka.+ 7 Zikhri, seorang pahlawan Efraim, telah membunuh anak raja, iaitu Maaseya. Dia juga membunuh Azrikam, yang mengurus istana, dan Elkana, yang memegang jawatan kedua tertinggi di bawah raja. 8 Selain itu, orang Israel menawan 200,000 orang saudara mereka dari Yehuda, termasuk wanita dan kanak-kanak. Mereka juga merampas banyak harta benda dan membawa semuanya ke Samaria.+
-