-
2 Tawarikh 15:10-13Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
10 Mereka semua berkumpul di Yerusalem pada bulan ketiga tahun ke-15 pemerintahan Asa. 11 Pada hari itu, mereka mempersembahkan hasil jarahan mereka kepada Yehuwa sebagai korban, iaitu sebanyak 700 ekor lembu dan 7,000 ekor biri-biri. 12 Selain itu, mereka membuat perjanjian untuk menyembah* Yehuwa, Tuhan nenek moyang mereka, dengan sepenuh hati dan sepenuh jiwa.+ 13 Sesiapa sahaja, baik tua mahupun muda, lelaki atau wanita, akan dibunuh jika mereka enggan menyembah Yehuwa, Tuhan orang Israel.+
-