-
Ezra 1:5, 6Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
5 Selepas itu, ketua-ketua puak Yehuda dan Benyamin, para imam, dan orang Lewi, bersedia untuk pergi membina semula Rumah Yehuwa di Yerusalem. Mereka semua berbuat demikian kerana hati mereka telah digerakkan oleh Tuhan yang benar. 6 Semua jiran mereka membantu mereka dengan memberikan perkakas-perkakas perak dan emas, harta benda, ternakan, barang-barang berharga, dan juga sumbangan sukarela.
-
-
Ezra 8:25Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
25 Selepas itu, aku menimbang perak, emas, dan perkakas-perkakas yang telah disumbangkan oleh raja, para penasihatnya, para pemimpinnya, dan semua orang Israel di situ. Semua sumbangan itu diberikan untuk kegunaan Rumah Tuhan, dan aku memberikan semuanya kepada ketua-ketua imam itu.+
-