-
Imamat 18:24Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
24 “‘Jangan menajiskan diri kamu dengan perbuatan-perbuatan itu. Bangsa-bangsa lain telah menajiskan diri mereka dengan perbuatan-perbuatan sedemikian. Itulah sebabnya Aku akan mengusir mereka dari hadapan kamu.+
-
-
Ulangan 12:30, 31Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
30 Selepas hal itu berlaku, berhati-hatilah agar kamu tidak terikut-ikut dengan cara mereka, kerana hal itu akan menjadi seperti jerat bagi kamu. Jangan mencari maklumat tentang tuhan-tuhan mereka dengan berkata, ‘Bagaimanakah bangsa-bangsa itu menyembah tuhan-tuhan mereka? Aku ingin mengikut cara yang sama.’+ 31 Jangan menyembah Yehuwa, Tuhan kamu, sepertimana mereka menyembah tuhan-tuhan mereka, kerana semasa mereka menyembah tuhan-tuhan mereka, mereka melakukan perkara-perkara jijik yang dibenci oleh Yehuwa. Mereka bahkan membakar anak-anak mereka sendiri sebagai persembahan kepada tuhan-tuhan mereka.+
-