-
Keluaran 23:32Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
32 Jangan membuat perjanjian dengan mereka atau tuhan-tuhan mereka.+
-
-
Keluaran 34:15, 16Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
15 Berhati-hatilah dan jangan membuat perjanjian dengan penduduk di tanah itu. Hal ini demikian kerana apabila mereka mempersembahkan korban dan menyembah tuhan-tuhan mereka,*+ mereka akan menjemput kamu, lalu kamu akan memakan korban yang telah dipersembahkan itu.+ 16 Kemudian kamu pasti akan mengahwinkan anak lelaki kamu dengan anak perempuan mereka.+ Apabila anak perempuan mereka menyembah tuhan-tuhan lain, anak lelaki kamu juga akan berbuat demikian.+
-
-
Ulangan 7:3, 4Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 Jangan menjalin ikatan perkahwinan dengan mereka. Jangan mengahwinkan anak perempuan kamu dengan anak lelaki mereka, dan jangan mengambil anak perempuan mereka untuk dijadikan isteri anak lelaki kamu.+ 4 Hal ini demikian kerana mereka akan menyebabkan anak-anak lelaki kamu menyembah tuhan-tuhan lain.+ Jika hal ini berlaku, Yehuwa pasti akan murka terhadap kamu dan membinasakan kamu dengan serta-merta.+
-
-
Yosua 23:12, 13Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
12 “Tetapi jika kamu meninggalkan Tuhan dan berpaut pada bangsa-bangsa yang masih tinggal bersama kamu,+ menjalin ikatan perkahwinan dengan mereka,+ dan bergaul dengan mereka, 13 kamu pasti tahu bahawa Tuhanmu Yehuwa tidak akan mengusir bangsa-bangsa itu untuk kamu lagi.+ Mereka akan menjadi seperti jerat dan seperti perangkap untuk kamu. Mereka juga akan menjadi seperti cambuk pada belakang kamu+ dan seperti duri di dalam mata kamu, sehingga kamu lenyap dari tanah yang indah ini yang telah diberikan oleh Yehuwa, Tuhan kamu.
-