-
Ezra 9:1, 2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Selepas semua ini dilaksanakan, para pemimpin datang kepada aku dan berkata, “Orang Israel, para imam, dan orang Lewi tidak memisahkan diri mereka daripada bangsa yang tinggal di negeri-negeri di sekeliling kita,+ iaitu bangsa Kanaan, Het, Feris, Yebus, Ammon, Moab, Mesir,+ dan Amori.+ Mereka juga melakukan perbuatan jijik bangsa-bangsa itu. 2 Selain itu, mereka dan anak-anak lelaki mereka berkahwin dengan anak perempuan bangsa-bangsa itu,+ sehingga mereka, iaitu keturunan yang suci,+ bercampur dengan bangsa-bangsa itu.+ Malahan para pemimpin dan pembesar merekalah yang mula-mula sekali melakukan perbuatan yang tidak setia ini.”
-
-
Maleakhi 2:7, 8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 Memandangkan imam merupakan utusan Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga, merekalah yang patut mengajarkan pengetahuan kepada umat-Ku, dan kepada merekalah umat-Ku harus bertanya tentang hukum-Ku.*+
8 “Namun, kamu telah menyimpang daripada haluan yang benar. Kamu membuat hukum-Ku* menjadi batu sandungan kepada banyak orang.+ Kamu telah melanggar perjanjian-Ku dengan keturunan Lewi,”+ firman Yehuwa, ketua angkatan syurga.
-