-
Ezra 4:6-8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
6 Pada awal pemerintahan Raja Ahasweros, mereka menulis sepucuk surat yang mengandungi tuduhan terhadap penduduk Yehuda dan Yerusalem. 7 Pada masa pemerintahan Raja Artahsasta dari Persia pula, Bislam, Mitredat, Tabeel, dan rakan-rakannya, menulis sepucuk surat kepada Raja Artahsasta. Mereka menterjemahkan surat itu ke dalam bahasa Aram+ lalu mencatatkannya dalam huruf Aram.*
8 * Rehum, seorang pegawai tinggi kerajaan, dan Simsai, seorang jurutulis, menulis sepucuk surat kepada Artahsasta. Surat itu mengandungi tuduhan terhadap orang Yerusalem. Isi surat itu adalah seperti yang berikut:
-
-
Nehemia 4:7, 8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 Sebaik sahaja Sanbalat, Tobia,+ orang Arab,+ orang Ammon, dan orang Asdod+ mendengar bahawa kerja membaiki tembok Yerusalem berjalan dengan lancar dan lubang-lubang tembok itu mula ditutup, mereka menjadi sangat marah. 8 Mereka bersubahat untuk pergi ke Yerusalem dan menyerang orang di situ dan menimbulkan kekacauan.
-