PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ezra 5:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Lagipun, Raja Kores telah mengeluarkan perkakas emas dan perkakas perak dari kuil di Babilon,+ lalu menyerahkannya kepada Sesbazar,*+ iaitu gabenor yang dilantiknya.+ Perkakas-perkakas itu telah diambil oleh Nebukadnezar dari Rumah Tuhan di Yerusalem.

  • Ezra 5:16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 16 Oleh itu, Sesbazar pergi ke Yerusalem dan meletakkan asas Rumah Tuhan di sana.+ Sejak masa itu, kerja pembinaan rumah itu terus dijalankan, tetapi belum selesai sehingga sekarang.’+

  • Hagai 1:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 1 Pada tahun kedua pemerintahan Raja Darius, pada hari pertama bulan keenam, Nabi Hagai*+ mendapat perkhabaran daripada Yehuwa. Perkhabaran itu ditujukan kepada gabenor Yehuda, iaitu Zerubabel+ anak Sealtiel, dan Imam Agung Yosua anak Yehozadak.

  • Hagai 1:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Yehuwa membangkitkan semangat+ gabenor Yehuda,+ iaitu Zerubabel anak Sealtiel, dan semangat Imam Agung Yosua+ anak Yehozadak, serta semangat seluruh umat Israel untuk membina semula Rumah Yehuwa, ketua angkatan syurga, Tuhan mereka.+

  • Hagai 2:23
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 23 “Yehuwa, ketua angkatan syurga, berfirman, ‘Hai hamba-Ku, Zerubabel+ anak Sealtiel,+ pada hari itu, Aku akan mengambil engkau dan menjadikan engkau seperti cincin yang berharga. Hal ini demikian kerana engkaulah yang telah Aku pilih,’ firman Yehuwa. Demikianlah perkhabaran yang disampaikan oleh Yehuwa, ketua angkatan syurga.”

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi