PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Bilangan 1:51
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 51 Apabila umat Israel memindahkan perkhemahan mereka, orang Lewi harus menggulung khemah suci.+ Apabila umat Israel tiba di tempat perkhemahan yang baharu, orang Lewi harus memasangkannya semula. Selain orang Lewi, orang lain yang menghampiri khemah suci mesti dihukum mati.+

  • Bilangan 18:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 7 Engkau dan anak-anak lelakimu harus berkhidmat sebagai imam dan melakukan tugas yang berkaitan dengan mazbah dan benda-benda yang ada di belakang tirai.*+ Ya, kamu harus menjalankan semua tugas ini.+ Aku telah mengurniakan tugas imam kepada kamu sebagai suatu pemberian yang istimewa. Tetapi orang biasa yang menghampiri khemah suci harus dihukum mati.”+

  • 2 Tawarikh 26:18, 19
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 18 dan mencuba menghalangnya. Mereka berkata, “Tuanku Uzia! Tuanku tidak berhak membakar kemenyan kepada Yehuwa!+ Hanya para imam yang boleh berbuat demikian kerana mereka ialah keturunan Harun+ yang telah disucikan. Tinggalkanlah tempat suci ini. Tuanku telah bertindak tidak setia kepada Tuhan, dan tuanku tidak akan memperoleh penghormatan daripada Tuhan Yehuwa kerana hal ini.”

      19 Pada waktu itu, Uzia sedang memegang bekas perbaraan dan ingin membakar kemenyan. Dia menjadi marah,+ dan semasa dia marah terhadap imam-imam itu, penyakit kusta+ timbul pada dahinya. Hal ini terjadi di hadapan para imam, dekat mazbah kemenyan di dalam Rumah Yehuwa.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi