26 Bahagian tembok yang seterusnya dibaiki oleh hamba-hamba Rumah Tuhan*+ yang tinggal di Ofel.+ Mereka membaiki tembok sehingga Pintu Gerbang Air+ di sebelah barat dan menara yang menganjur keluar dari tembok.
8Semua orang berkumpul di tempat awam di hadapan Pintu Gerbang Air+ dengan satu matlamat. Mereka menyuruh Ezra,+ jurutulis* itu, untuk mengambil kitab yang mengandungi Hukum Musa,+ iaitu hukum yang telah diberikan oleh Yehuwa kepada orang Israel.+
3 Ezra berdiri di tempat awam di hadapan Pintu Gerbang Air dan membaca Hukum itu dengan suara yang lantang+ dari subuh sehingga tengah hari. Lelaki, wanita, dan semua orang yang dapat memahami Hukum itu mendengar dengan penuh perhatian+ sepanjang masa Ezra membacanya.