-
Ezra 9:1, 2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Selepas semua ini dilaksanakan, para pemimpin datang kepada aku dan berkata, “Orang Israel, para imam, dan orang Lewi tidak memisahkan diri mereka daripada bangsa yang tinggal di negeri-negeri di sekeliling kita,+ iaitu bangsa Kanaan, Het, Feris, Yebus, Ammon, Moab, Mesir,+ dan Amori.+ Mereka juga melakukan perbuatan jijik bangsa-bangsa itu. 2 Selain itu, mereka dan anak-anak lelaki mereka berkahwin dengan anak perempuan bangsa-bangsa itu,+ sehingga mereka, iaitu keturunan yang suci,+ bercampur dengan bangsa-bangsa itu.+ Malahan para pemimpin dan pembesar merekalah yang mula-mula sekali melakukan perbuatan yang tidak setia ini.”
-
-
Nehemia 13:3Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 Sebaik sahaja orang Israel mendengar pembacaan Hukum itu, mereka mula memisahkan semua orang yang berbangsa asing daripada kalangan mereka.+
-