PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Hakim-Hakim 2:18
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 18 Setiap kali Yehuwa memberi mereka hakim,+ Yehuwa akan menyertai hakim itu dan menyelamatkan mereka daripada tangan musuh selama hakim itu masih hidup. Yehuwa berasa kasihan+ terhadap mereka* apabila mereka merintih kerana dianiaya dan ditindas.+

  • Hakim-Hakim 3:9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 9 Ketika umat Israel berseru kepada Yehuwa untuk meminta tolong,+ Yehuwa memberi mereka seorang penyelamat yang bernama Otniel+ untuk membebaskan mereka.+ Otniel ialah anak Kenas, iaitu adik lelaki Kaleb.

  • Hakim-Hakim 3:15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Kemudian orang Israel berseru kepada Yehuwa untuk meminta tolong.+ Maka Yehuwa memberi mereka seorang penyelamat,+ iaitu Ehud+ daripada suku Benyamin.+ Ehud ialah anak Gera dan seorang yang kidal.+ Dia diutus oleh orang Israel untuk menghantar ufti kepada Raja Eglon dari Moab.

  • 1 Samuel 12:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Selepas itu, Yehuwa mengutus Yerubaal,+ kemudian Bedan, lalu Yefta,+ dan akhir sekali aku, Samuel.+ Dia menyelamatkan kamu daripada musuh-musuh di sekelilingmu, supaya kamu dapat hidup dengan aman.+

  • 2 Raja-Raja 13:4, 5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 Yehoahas memohon perkenan Yehuwa, dan Yehuwa mendengarkannya kerana Dia telah nampak bagaimana raja Siria menindas orang Israel dengan kejam.+ 5 Yehuwa pun mengutus seorang penyelamat+ untuk membebaskan orang Israel daripada cengkaman Siria. Maka orang Israel dapat hidup aman seperti dahulu.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi