-
Keluaran 23:10, 11Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
10 “Selama enam tahun, kamu boleh bercucuk tanam dan mengumpulkan hasil di ladang kamu.+ 11 Tetapi pada tahun ketujuh, ladang kamu harus dibiarkan dan kamu tidak boleh bercucuk tanam. Biarlah orang miskin mengambil hasilnya. Jika ada yang tersisa, binatang liar boleh memakannya. Buatlah hal yang sama dengan ladang anggur dan kebun zaitun kamu.
-
-
Imamat 25:4, 5Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
4 Tetapi pada tahun ketujuh, kamu tidak boleh bercucuk tanam dan tidak boleh memangkas pokok anggur kamu. Tanah itu tidak boleh diusahakan kerana tahun itu ialah tahun Sabat untuk Aku, Yehuwa. 5 Jangan tuai hasil daripada biji-bijian yang tumbuh dengan sendirinya selepas musim menuai, dan jangan kumpul buah anggur daripada pokok anggur yang tidak dipangkas. Pada tahun itu, tanah tidak boleh diusahakan.
-